PENGENALAN

 

Maahad Tahfiz Kiblah telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) no:S (010197) KJ di bawah enakmen No:2 Tahun 1988. Ia adalah sebuah institusi pengajian swasta yang berorientasikan pengajian menghafal Al-Quran, Bahasa Arab dan kefahaman Agama Islam. Ia dikelolakan oleh Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN).


Mulai Ogos 2004, pengurusan Maahad ini telah membuat satu perubahan dan menyusun semula sistem pengajian Al-Quran dengan hasrat pada masa hadapan nanti Maahad ini mampu bertaraf peringkat Diploma (Pengkhususan Qiraat) serta berdaya saing tinggi dengan institut-institut Tahfiz tempatan yang lain.
Untuk itu, satu penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Tahfiz Al-Quran telah dilakukan.


Hasil daripada penilaian itu, tiga aspek utama dalam proses berkenaan mesti diberikan penekanan iaitu pengukuhan hafalan ( Tahfiz ) & pemantapan Tajwid secara Talaqqi. Kesemua aspek ini dikenali sebagai “ Kaedah 3T Kiblah”.

 

MATLAMAT

 

Melahirkan generasi muda yang menghafaz Al-Quran sebanyak 30 juzuk dengan dhabit ( mantap ) dan bertajwid serta memiliki pengetahuan dan kefahaman asas agama dan Bahasa Arab.

 

TEMPOH MASA

 

  • 5 tahun bagi peringkat sijil
  • 1 tahun bagi peringkat Sijil Tahfiz Malaysia ( STM ) - Pilihan
KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG MEI & JUN 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00