SEKAPUR SIREH DARIPADA PENGARAH URUSAN SEKOLAH KIBLAH

  • TN HJ ISMAIL BIN OMAR
  • AHLI LEMBAGA PENGARAH YAYASAN KEBAJIKAN NUSANTARA
  • PENGARAH URUSAN SEKOLAH DAN MAAHAD TAHFIZ KIBLAH
  • AHLI LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH DAN MAAHAD TAHFIZ KIBLAH
  • 019-2337852
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin-Nya Sekolah Kiblah ini telah berjaya menghasilkan laman webnya sendiri.

Harapan saya semoga laman web ini akan menjadi wadah bagi mewujudkan masyarakat sekolah yang kaya maklumat selaras dengan perkembangan teknologi maklumat terkini. Ia juga dapat menjadi tapak jaringan warga Sekolah Kiblah dahulu ,sekarang dan yang akan datang. Justeru itu saya mengambil kesempatan ini memohon kepada ibu bapa, bekas-bekas pelajar, orang perseorangan, dan syarikat-syarikat swasta agar dapat memberi sokongan kepada sekolah ini dalam berbagai bentuk seperti tajaan, bimbingan atau kewangan.

Saya yakin laman web ini akan berkembang dan menjadi lebih mantap dengan sajian ilmu dan seterusnya sebagai ruang komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan ke arah melahirkan generasi muslim bestari yang berketrampilan dan berkeupayaan tinggi.

 

"BERILMU, BERAKHLAK, BERWAWASAN"

 

Pengarah Urusan Sekolah Kiblah

Tn Hj Ismail bin Omar

 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG APRIL 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00