PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

 

PENGENALAN

  • Program Kecemerlangan Akademik yang dijalankan di Sekolah Kiblah adalah berdasarkan kepada KBSM yang dilaksanakan di seluruh negara.
  • Kurikulum YAKIN adalah mata pelajaran tambahan kepada KBSM dan merupakan ciri utama kurikulum Kiblah.
  • Pelajar-pelajar Kiblah akan melalui sistem pendidikan yang berintegrasikan pendidikan akademik KBSM, KY dan akhlak Islam.

 

MATLAMAT

  • Melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik serta mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang murni dan positif supaya dapat memberikan sumbangan yang berfaedah kepada diri, keluarga, sekolah, masyarakat, agama dan negara.
  • Mencapai tahap kecemerlangan dalam PT3, SPM dan Sijil Kurikulum YAKIN ( KY ).
  • Meminimumkan markah 60% untuk semua mata pelajaran dalam peperiksaan dan ujian.

 

STRATEGI 

  • Pelajar-pelajar tingkatan 1 didedahkan dengan kemahiran-kemahiran belajar, berfikir dan menyelesaikan masalah oleh semua guru mata pelajaran.
  • Program yang merangkumi pengajaran dan pembelajaran dari tingkatan 1 hingga 6, dengan penekanan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki PT3, SPM dan Sijil KY dan Pra Madinah.
  • Program latih tubi semasa prep malam untuk semua tingkatan.
  • Program hujung minggu untuk pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5.
  • Program latih tubi intensif selepas peperiksaan percubaan PMR dan SPM.
  • Program pengkayaan bagi pelajar cemerlang.
  • Program klinik bagi pelajar sederhana.
  • Melaksanakan program Mento n Mentee.
  • Program pemulihan bagi pelajar lemah.
  • Program pertukaran soalan dan skima jawapan di antara sekolah-sekolah peringkat zon, negeri atau daerah.
  • Ceramah teknik menjawab soalan mengikut format PT3, SPM dan Sijil KY oleh penceramah jemputan.
  • Menyediakan borang “Aku Janji” oleh pelajar selepas sesuatu ujian atau peperiksaan di peringkat sekolah.
  • Program Kerjaya bagi pelajar yang tamat peperiksaan PT3, SPM dan Sijil KY.
KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG APRIL 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00