CARTA TAHAP-TAHAP PENGAJIAN TAHFIZ DI MAAHAD TAHFIZ KIBLAH

 

 

SYARAT KEMASUKAN MAAHAD TAHFIZ KIBLAH

  1. Pelajar berumur 13-17 tahun ( semasa memohon )
  2. Pelajar berumur 16 tahun dan ke atas hanya akan diterima sekiranya sudah mempunyai rekod hafazan sekurang-kurangnya 10 juzuk
  3. Mempunyai asas bacaan Al Quran yang baik
  4. Surat akuan disiplin daripada sekolah sebelumnya ( hanya yang berumur 14 ke atas sahaja )
  5. Lulus temu duga lisan dan bertulis di Maahad Tahfiz Kiblah

 

KEISTIMEWAAN PROGRAM PRA MADINAH

 

  • Pelajar yang cemerlang mempunyai peluang yang cerah untuk melanjutkan pelajaran mereka terus ke tahun 1 pengajian ijazah sarjana muda di universiti-universiti di Arab Saudi dengan biasiswa penuh.
  • Kursus sepenuhnya dalam Bahasa Arab ( bahasa pengantar dan silibus )
  • Penekanan dalam Bahasa Arab Komunikasi ( perbualan )
  • Silibus diselia dan diiktiraf oleh Universiti Islam Madinah dan Kementerian Pelajaran Arab Saudi
  • Tenaga pengajar yang berpengalaman
  • Penekanan subjek-subjek utama dalam Islam seperti:usuluddin, usulfiqh, ulumul quran, ulumulhadist
  • Pelajar wajib menghafal paling sekurang-kurangnya 5 juzuk Al Quran dalam masa 7 bulan

 

SYARAT KEMASUKAN PRA MADINAH

 

  • Lulusan Sekolah Kiblah dan berjaya mendapat Sijil KY 
  • Memiliki asas Al Quran yang baik
  • Memiliki sijil SPM ( percubaan digunapakai ) / SMA / SMU / Sijil KY
  • Umur tidak melebihi 23 tahun semasa memohon
  • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat C dalam Bahasa Arab ( SPM ) 
  • Lulus temu duga ( lisan/bertulis ) di Sekolah Kiblah

 

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA

 

Hingga kini pihak sekolah telah menjalinkan hubungan yang erat dengan beberapa buah univerisiti khususnya di Timur Tengah dan seterusnya memberi peluang yang baik kepada para pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di sana. Ada di antara univeristi tersebut dibiayai sepenuhnya dan ada yang berbayar ;

  • Universiti Islam Madinah, Madinah Munawwarah ( biasiswa sepenuhnya )
  • Universiti Ummil Qura, Makkah ( biasiswa sepenuhnya )
  • Uviversiti Imam Muhammad Saud, Riyadh ( biasiswa sepenuhnya )
  • Univerisiti Al Qasim, Qasim ( biasiswa sepenuhnya )
  • Cawangan Universiti Imam Muhammad Saud ( LIPIA ) Jakarta, Medan, Makassar dan Aceh ( biasiswa sepenuhnya )
  • STIBA Makassar ( biasiswa bagi yang layak )
  • STAI As Sunnah, Medan ( berbayar dan biasiswa bagi yang layak 

 

Terma-terma yang perlu diketahui dan difahami :

  • Kelulusan untuk belajar dimana-mana universiti di Arab Saudi adalah ditentukan kelayakan sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pendidikan Arab saudi.
  • Peluang untuk belajar di universiti-universiti yang dimaksudkan amat cerah memandangkan Sijil Thanawi Kiblah diiktiraf oleh Universiti Islam Madinah dan Kemeneterian Pelajaran Arab Saudi.
  • Pihak Kiblah hanya akan membuat rekomendasi untuk pelajar-pelajar yang layak sahaja iaitu pelajar yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan dan Mumtaz sahaja dalam peperiksaan akhir
KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( OGOS 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00