PERKAMPUNGAN ILMU EDISI II : telah diadakan pada 13 – 16 Oktober 2017. Perkhemahan 4 hari ini adalah satu pendekatan Jabatan KSSM Sekolah Kiblah dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik calon-calon SPM 2017. Seramai 50 orang peserta mengikuti perkhemahan ini yang menekankan kepada latih-tubi soalan-soalan berbentuk peperiksaan sebenar. Penceramah jemputan luar juga guru-guru cemerlang Sekolah Kiblah turut mengendalikan bengkel-bengkel menjawab soalan yang menekankan kepada teknik-teknik menjawab. Bentuk-bentuk soalan KBAT juga diberikan penekanan bagi melatih para peserta agar lebih bersedia mendepani soalan-soalan yang sedemikian.

PELAJAR KIBLAH MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA : 28 Sept. 2017 – Seramai 4 orang pelajar lulusan PROGRAM Pra-Madinah Kiblah 2017 telah berjaya mendapat tempat di LIPIA, Jakarta Selatan, Indonesia. Universiti ini adalah cawangan Universiti Imam Muhd Ibn Saud, Arab Saudi. Pengajian mereka, di peringkat Ijazah, dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi dan antara bidang yang diambil adalah Syariah serta Pendidikan Bahasa Arab.

MAJLIS MENANDATANGAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN : 12 Oktober 2017 - Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN) telah menandatangani Memorandum Persefahaman ( MoU ) dengan Syarikat dengan Dasar Jati Sdn Bhd. Tujuan memorandum ini ialah sebagai satu usaha memperkembangankan alternatif pembelajaran alaf 21 secara online. Majlis berlangsung kira-kira jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Seminar Sekolah Kiblah. Dasar Jati Sdn Bhd ialah satu syarikat yang membangunkan program Home Tutor yang semakin hangat diperkatakan sekarang ini. 

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( OGOS 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00