LAWATAN RASMI MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DAN MENTERI KPDNKK : Tanggal 24 November 2017, Sekolah Kiblah dan Maahad Tahfiz Kiblah sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila dilawati secara rasmi oleh dua menteri kabinet Malaysia dalam satu Majlis Konvokesyen Tahfiz dan Apresiasi Kiblah 2017. Kedua-dua menteri kabinet yang dimaksudkan ialah Menteri Pelajaran Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ), Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin.

PENYERAHAN ID HOME TUTOR : Pada hari Rabu, 22 November 2017, pihak Home Tutor telah menyerahkan ID secara percuma kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 bertempat di perkarangan Bilik Komputer Sekolah Kiblah. Tingkatan 2 dan 4 dipilih berdasarkan kepada tahun peperiksaan awam yang besar yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar ini pada tahun 2018. Majlis penyerahan ini dibuat oleh En Farid, selaku orang penting dalam program Home Tutor ini dan dihadiri oleh rakan-rakan Home Tutor yang lain serta disaksikan oleh Ketua Jabatan ICTM 2k17, Ust Rosdi Embong bersama guru-guru kelas terlibat.

PROGRAM MEMACU KECEMERLANGAN AKADEMIK MELALUI E-PEMBELAJARAN HOME TUTOR - Telah diadakan pada hari Selasa 21 November 2017 bermula jam 10.00 pagi bertempat PICC Putrajaya. Porgram Home Tutor adalah satu bentuk pembelajaran interaktif masa kini atau lebih dikenali sebagai e-pembelajaran. Program ini dikendalikan oleh Syarikat Dasar Jati Sdn Bhd dan ditaja serta dinaungi oleh Yayasan Kebajikan Nusantara ( YAKIN ).

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( OGOS 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00