LAWATAN DELEGASI QATAR : Pada hari Rabu 17 April 2019, Sekolah dan Maahad tahfiz Kiblah menerima kunjungi hormat daripada delegasi Qatar. Delegasi ini diketua oleh Syeikh Thariq Ali Al Ansariy ( Director Of International Technical Coorperation Department, Ministry Of Foreign Affairs, Qatar ). Turut serta dalam ziarah bermakna ini ini Duta Besar Qatar di Kuala Lumpur, Syeikh Fahd Kafoud dan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan Qatar. Seramai 10 orang pegawai yang menyertai lawatan ini.

STREET DAKWAH DAN KEMANUSIAAN : Jumaat, 8 Mac 2019 telah diadakan satu program kemanusiaan dan street dakwah antara pelajar sekolah kiblah yang terpilih dengan pihak Baitul Makwa. Program ini berlangsung di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur antara jam 3-7 petang. Program ini telah disertai oleh 10 orang pelajar lelaki ( tingkatan 3 ) bersama-sama 3 guru pengiring ( Ustaz Emir, Cikgu Rahman, Ustaz Hanafi ). Program yg dijalankan ini bermatlamat utk melahirkan pelajar yang prihatin dan berkeupayaan dalam komunikasi dengan pihak luar selain menyantuni individu gelandangan dan fakir miskin.

ANUGERAH KEDOKTORAN KEHORMAT : Seluruh warga Kiblah mengucapkan jutaan tahniah kepada Pengarah Urusan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Dr. Ust. Ismail Omar di atas pengiktirafan dan anugerah Doctor Of Philosophy in Social Work yang membawa gelaran " Doktor " yang diberikan kepada beliau oleh The International Universiti Of Peace, iaitu sebuah universiti yang berpusat di San Jose, Costa Rica dan bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( OGOS 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00