FUTSAL PIALA TAN SRI DATO' HASHIM MEON : Isnin 17 Sept 2018 pertandingan futsal Piala Tan Sri Dato' Hashim Meon, Pengerusi Yayasan Kebajikan Nusantara ( YAKIN ) telah diadakan di gelanggang Galaxy Futsal, Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Empat buah bas disewa untuk membawa kesemua peserta ke pertandingan tersebut yang bermula dari jam 8.30 pg dan berakhir pada jam 2.00 ptg.

MAHRAJAN BAHASA ARAB 2018 : Tanggal 23 – 27 Julai 2018 julung-julung kalinya Jabatan Bahasa Arab Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah telah menganjurkan sebuah Festival Bahasa Arab atau juga disebut dengan nama "مهرجان اللغة العربية". Festival ini telah berlangsung selama 5 hari bermula Hari Isnin (23 Julai 2018) sehingga Hari Jumaat (27 Julai 2018). Festival ini telah berlangsung dengan jayanya hasil usaha gigih guru-guru dari Jabatan Bahasa Arab dan kerjasama semua guru dari Jabatan KSSM dan Jabatan Tahfiz serta semua staff SK dan MTK Kiblah. 

SEMINAR PT3 BERITA HARIAN : 8 – 29 Julai 2018 : Seramai 51 orang calon-calon PT3 2018 telah menyertai Seminar PT3 anjuran Berita Harian di Institut Genom Malaysia, Bangi, Selangor. Objektif penyertaan adalah:

  • Mempersiapkan diri pelajar dalam menghadapi PT3 2018.
  • Menyuntik semangat ingin meraih kecemerlangan dalam akademik
  • Membina keyakinan diri dalam menghadapi peperiksaan

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( OGOS 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00