PORTAL DIGITAL LEARNING : Portal Digital Learning ( PDL ) gaya Kiblah mula diperkenalkan pada tanggal 5 April 2020. Sesuai dengan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang diumumkan oleh pihak kerajaan pada 16 Mac 2020 akibat penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan, perlu wujudnya satu wadah atau platform secara atas talian yang membolehkan para pelajar mengakses latihan/ujian yang diberikan oleh guru-guru bila-bila masa dan di mana sahaja.

GOL AMAL MAAHAD TAHFIZ KIBLAH : 24 Nov. 2019, kejohanan Golf Amal berlangsung dengan jayanya di The Mines Resort & Golf Club, Seri Kembangan, Selangor. “Tee Off Time” sekitar jam 1.45 ptg. dan berakhir pada jam 6.30 ptg. Penyampaian hadiah diadakan pada sebelah malam dalam Majlis Grand Dinner yang dihadiri oleh semua peserta. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Hashim Meon (Pengerusi Yayasan Kebajikan Nusantara) pada majlis makam malam yang berlangsung dari jam 8.00 malam hingga jam 10.00 malam. Seramai 100 orang pemain terlibat dengan 25 flight. Kejohanan ini adalah dalam rangka mengutip dana bagi pembinaan bangunan baru Maahad Tahfiz Kiblah yang dijangka menelan belanja RM1 juta. Sejumlah RM30 000 berjaya dikumpul pada kejohanan ini.

MAJLIS APRESIASI KIBLAH 2018/19 : Pada hari Sabtu, 12 Oktober 2019, Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah telah mengadakan Majlis Apresiasi 2018/19. Majlis bermula seawal pukul 9.15 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menzahirkan apresiasi terhadap kecemerlangan Akademik, Ko-Korikulum, Pembangunan Diri, Perkembangan Sahsiah serta Kepemimpinan pelajar sesi 2018/19, majlis ini juga dapat menyemai semangat cintakan ilmu serta membina sahsiah unggul ke arah pembentukan insan yang seimbang duniawi juga ukhrawi

KALENDAR AKTIVITI SK & MTK
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00