KULIAH MAHGRIB SYEIKH HASAN AKBAR DARI NEW YORK : Isnin, 27 mac 2017, Sekolah Kiblah telah menganjurkan kuliah maghrib yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan khas iaitu Syeikh Hasan Abdullah Akbar dari New York, USA. Beliau datang ke Malaysia atas jemputan menjadi speaker dalam program Streight Path di Kuala Lumpur anjuran Dakwah Corner Sdn Bhd. Kuliah maghrib ini dihadiri oleh semua pelajar dan warga sekolah kiblah. Selain itu, pihak sekolah juga membuka ruang untuk tetamu luar datang untuk sama-sama mendapat manfaat daripada ceramah ini.

Ceramah berlangsung selama 1 jam 30 minit, berkisar tentang nasihat beliau kepada pelajar dan berkongsi pengalaman dan cabaran berdakwah di Amerika. Pelbagai soalan telah diajukan oleh para pelajar dalam sesi soal jawab. Caramah sepenuhnya disampaikan dalam Bahasa Inggeris dan dipengerusikan oleh Ust Ismail Savane, salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Kiblah. Semoga majlis ini bermanfaat kepada semua para pelajar dan majlis ini diberkati Allah swt.

 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG MEI & JUN 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00