MID-YEAR REVIEW KIBLAH 2017 - Berlangsung pada hari Rabu 24 Mei 2017 bertempat di Empress Hotel Salak Tinggi Sepang. Bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Program ini dihadiri oleh Pengarah Urusan, Tn Hj Ismail Omar, Ahli-Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz ; antara Tn Hj Mahyuddin, Prof Dr Khadijah Rohani dan Tn Hj Thaha Mohd Yusuf. Program ini juga dihadiri oleh Pemegang Lesen Madrasah Islahiah, Ust. Furkon bin Jihad dan Guru Besar Sri Kiblah Kelantan, Tn Hj Salimi.

Objektif pertemuan ini ialah sebagai salah satu langkah pihak sekolah memantau pencapaian aktiviti dan KPI yang telah digariskan oleh setiap jabatan di awal tahun 2017. Setiap Ketua Jabatan diminta membentangkan pencapaian KPI jabatan masing-masing bermula Januari-Mei 2017. Program ini diakhiri dengan ulasan dan komentar daripada semua ahli lembaga pengelola dan mereka amat berpuashati dengan pencapaian jabatan-jabatan yang diamanahkan untuk melaksanakan program pembangunan sekolah.

Semoga dengan pertemuan memberi suntikan semangat kepada semua Ketua Jabatan untuk terus maju dan memastikan jabatan masing mencapai KPI masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG JULAI 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00