TEMASYA SUKAN TAHUNAN KIBLAH 2017 - Pada 29 April 2017 - Temasya Sukan Tahunan Kiblah 2017 telah dilaksanakan di Padang Utama Sekolah Kiblah. Hari ini adalah kemuncak kepada Sukan Tahunan Kiblah yang telah berlangsung bermula 1 April 2017 dengan pertandingan pembukaan iaitu pertandingan merentas desa. Dengan semangat kesukanan yang tinggi para pelajar telah menunjukkan semangat yang berkobar-kobar untuk menjulang nama pasukan mereka sebagai juara.

Majlis dimulakan dengan pertandingan perbarisan semua kontinjen rumah sukan.Seterusnya nyanyian lagu negaraku dan lagu negeri Selangor. Bacaan doa dipimpin oleh adik Aiman Naufiq bin Muhammad Zaidi manakala ikrar sukan dibacakan oleh adik Mohammad Hafidhal bi Jamil.

Temasya kali ini dihadiri oleh Tn Hj Ismail bin Omar , Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Nusantara merangkap Pengarah Urusan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Tn Hj Thaha bin Mohd Yusof - Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah merangkap perasmi Temasya Sukan Tahunan Kiblah 2017, Tn Hj Rezan bin Mohd Nor , Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kebajikan Nusantara, Tn Hj Fahimi bin Fisal , Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kebajikan Nusantara, Tn Hj Abdul Hamid bin Akob, Ydp Kelab Ibu Bapa dan Guru Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah.

Acara-acara yang telah dipertandingkan sepanjang Sukan Tahunan Kiblah ialah :

  • Merentas desa
  • Bola sepak
  • Bola jaring
  • Tenpin bowling
  • Congkak
  • Sepak takraw
  • Badminton
  • Ping Pong
  • Bola tampar

Acara sukaneka yang dijalankan pada hari temasya pula ialah :

  • Timbang bola
  • Isi air dalam botol
  • Boling Padang
  • Tarikh Tali
  • Baling Belon Air
  • Lari Berhalangan

Selain itu, bagi memeriahkan acara pada hari temasya ini, telah daiadakan pertandingan tarik tali antara guru dan golongan bapa. Manakala golongan ibu pula bertanding dalam permainan Musang Berjanggut iaitu mengasingkan rempah ratus dan kekacang yang dicampur.

Anda boleh saksikan keputusan penuh pertandingan dengan klik pada KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KIBLAH 2017.

 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKTOBER 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00