MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN ANGKASA BERSAMA YB DATO' SERI HAMZAH ZAINUDDIN, MENTERI KPDNKK : Pada hari Khamis , 15 JUN 2017 , Sekolah Kiblah telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama YB Dato Seri Hamzah Zainudin, Menteri KPDNKK. Majlis ini dianjurkan oleh ANGKASA. Majlis ini telah dihadiri oleh menteri , beberapa orang kenamaan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi & Kepenggunaan , anggota-anggota ANGKASA , semua guru dan staf Kiblah serta pelajar banin dan banat .

Majlis bermula pada pukul 6.00 petang . Majlis dimulakan dengan ceramah sempena Ramadhan yang disampaikan oleh Al-Ustaz Ibrahim Fahd. Kemudian majlis disambung dengan penyampaian hadiah dan sumbangan oleh YB Dato Seri Hamzah Zainudin kepada Sekolah Kiblah dan 18 orang pelajar Tahfiz Kiblah yang berjaya menamatkan 30 Juzu' Al-Quran . Semua tetamu jemputan berbuka puasa dengan juadah ringan yang disediakan , seterusnya menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang dipimpin oleh Salil As-Sadah Al-Asyraf Al-Fadhil Al-Ustaz Al Karim Syed Hasan Bin Syed Omar Al-A'lawi Hafizahullah .

Setelah itu , semua tetamu menuju ke dataran menikmati hidangan makan malam yang disediakan . Selesai menjamu selera, pelaja-pelajar Kiblah  dan para hadirin mengerjakan Solat Isyak dan terawih 8 rakaat serta witir 3 rakaat didirikan selepas itu. Selesai berterawih bersama, YB Dato' Seri dibawa ke pejabat Pengarah Urusan Sekolah Kiblah, Ust Ismail Omar untuk mendengar maklumat terkini perkembangan sekolah. YB Dato' Seri amat gembira dan berpuashati dengan perkembangan positif sekolah dan berhasrat untuk terus memberi bantuan kepada pembangunan sekolah.

YB Dato' Seri berangkat pulang kira-kira jam 11.30 malam. Terima kasih kepada semua yang hadir dan semoga Allah Taala membalas jasa kalian dengan syurga-Nya, Insyallah.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00