LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK SIMPANG RENGGAM : Seramai 5 orang guru dari Sekolah Kiblah telah mengadakan lawatan penanda aras ke SMK Simpang Rengam ( SMKSR ) pada Rabu 23 Januari 2019. Objektif utama adalah untuk melihat sendiri perjalanan dan perlaksanaan radio sekolah yang telah dilaksanakan di sekolah itu sejak sekian lama. SMK Simpang Renggam adalah antara sekolah terawal yang mengadakan program seperti ini dan sangat aktif serta banyak mendapat pengiktirafan daripada syarikat-syarikat penyiaran terkemuka tanah air seperti RTM, TV3 dan lain-lain lagi.

Rombongan kami disambut mesra oleh Tuan Pengetua SMKSR, Tuan Haji Mohamad bin Yusof, Penolong Kanan 1, Puan Latipah bt Ngaliman dan Penyelaras Radio Sekolah SMKSR, Pn Rugayah bt Abd Wahid yang juga merupakan kaunselor sekolah. Pada kesempatan ringkas ini, kami dibawa untuk sama-sama melihat perjalanan radio sekolah dan menjadi tetamu istimewa dengan diberi penghormatan untuk berada bersama-sama juruhebah ( DJ ) di konti penyiaran.

Apa yang menariknya ialah, siaran radio sekolah ini dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar berbakat dan terpilih. Walau pun hanya beroperasi pada waktu rehat persekolahan sahaja, namun ianya padat dengan pelbagai slot dan sangat bermanfaat untuk para pelajar. Dikenali dengan nama Buddyz FM dan membawa slogan serta tagline 'Santai Tapi Sampai' dan juga 'Santai dan Berinformasi'. Slot yang bersifat dakwah, kerohanian dan keagamaan menjadi pilihan utama disamping info-info pendidikan disajikan kepada para pendengar dalam tempoh 30 minit setiap hari. Wakil kami, Ustaz Rosdi Embong berkesempatan ditemu ramah oleh DJ bertugas pada hari itu dan disaksikan sendiri oleh Pengetua SMKSR, guru-guru bertugas dan para petugas konti.

Seterusnya rombongan kami diiringi oleh Pengetua melawat kawasan sekolah. Antaranya ialah Surau Sekolah, Pusat Kitar Semula, Perpustakaan dan Bilik Mesyuarat. Rombongan kami amat selesa dengan layanan baik yang diberikan oleh pihak pengetua sendiri dan juga guru-guru bertugas.

Semoga dengan lawatan ini menjadi satu inspirasi besar kepada Kiblah untuk mewujudkan stesen radio sendiri pada masa terdekat ini. Jutaan terima kasih pihak kami kepada Pengetua SMKSR dan semua guru yang terlibat menerima kami sebagai tetamu dan tentunya banyak perkara yang telah dipelajari hasil daripada lawatan ini.

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( APRIL 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00