PROGRAM "ورشة كتابة عربية" BENGKEL PENULISAN ARAB ( v1 ) : Diadakan pada Hari Sabtu 13 Mei 2017 masa 9:00 -12:00 tengahari bertempat di Dewan Utama Sekolah Kiblah. Sasaran pelajar tertumpu kepada Ting 4 Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Guru pengendali ialah Ustz. Siti Zulaikha binti Mustapa ( Ketua Panitia Bahasa Arab ) dan Ustz. Faridah binti Abdullah. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Arab dan Jabatan KY Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah.

Antara objektif program ialah :

  • Mendedahkan format peperiksaan Bahasa Arab Kertas I dan II.
  • Melatih pelajar dalam membina ayat dengan ringkas dan mudah bagi tajuk-tajuk yang telah dipelajari
  • Melatih pelajar cara untuk membina karangan dengan baik

Sepanjang program ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik untuk menjawab soalan-soalan terutamanya soalan-soalan Kertas II iaitu cara untuk membina ayat dan memahami kehendak soalan. Program ini dimeriahkan juga dengan permainan Bahasa Arab yang dinamakan "الرأس الكثير" yang mana setiap seorang perlu menyambung perkataan supaya menjadi ayat yang betul. Selain itu, pelajar turut didengarkan alunan lagu-lagu yang berfokuskan Bahasa Arab seperti feel madhi, feel mudhorik, feel amar, pekerjaan, sifat-sifat dan lain-lain dalam Bahasa Arab.

Semoga program di bawah Jabatan Bahasa Arab dan KYSK ini memberikan input dan manfaat serta memudahkan pelajar dalam menjawab soalan-soalan Bahasa Arab dan menjadi miizan kecemerlangan kepada para pelajar pada tahun hadapan dalam SPM Bahasa Arab. Aamiin.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG SEPTEMBER 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00