HAYYA BIL MUFRADAT AL YAUMIYYAH : Setelah hampir sebulan pelajar mengikuti program harian Bahasa Arab iaitu "Hayya Bilmufradat Alyaumiyyah" yang mana program ini menekankan "vocab" atau kosa kata dalam Bahasa Arab, Alhamdulillah sekali lagi Jabatan Bahasa Arab telah menganjurkan satu lagi program yang menarik susulan daripada program "Hayya Bilmufradat Alyaumiyyah" iaitu program "Hayya Bilkitabah" yang mana program ini mencapai objektif :

1) membantu pelajar bina ayat dengan ringkas dan mudah.
2) pelajar mampu membina ayat yang mempunyai Kata Adjektif.
3) pelajar mampu membina ayat yang mudah dan mahir menggunakan huruf jar dan zorf dalam ayat.
4) menarik minat pelajar dalam Bahasa Arab terutama dalam penulisan.

Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 8 April 2017
Masa: 9:30 - 11:30 malam
Tempat: Dewan Utama

Program ini dijayakan oleh Ustazah Siti Zulaikha binti Mustapa turut dibantu oleh 12 orang fasilitator yang mahir dalam Bahasa Arab, antaranya adalah:

1-Muhammad Faris bin Hazmir
2-Ahmad Zayn Adzdzin bin Hussin
3-Muhammad Danial Hakim bin Abdul Jalil
4-Fickry Asr bin Yacob
5-Muhammad Harith Faruqi bin Muhammad Firhat
6-Mohammad Faizal bin Arief Muslish
7-Mohd Aminudin bin Alminraz
8-Khairul Athiyyah binti Murad
9-Nurul Hannah bt Norazman
10-Zaharatul Ajmal binti Mohd Fadzli
11-Ummu Afiah Raden Anwar
12-Nuha Athirah binti Mohd Zulfaqar


Peserta yang terbaik dan paling aktif membawa pulang hadiah-hadiah yang menarik.

 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG MEI & JUN 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00