OH MY ARABIC : 17 Mac 2017- Alhamdulillah, Jabatan Bahasa Arab Sekolah Kiblah telah menganjurkan sebuah program 'Oh My Arabic' untuk semua pelajar Tingkatan 1 Sekolah Kiblah banin dan banat. Program ini berlangsung selama satu hari bermula jam 8.00 pagi - jam 1.00 petang, iaitu pada tengahari pada hari Jumaat bersamaan 17 Mac 2017. Program yang juga diberi mana 'هذه عربيتي' ini dikendalikan oleh para fasilitator yang hadir khusus dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Hayya natakallam
  • Radio rosak berbahasa Arab
  • Silang kata Bahasa Arab
  • Anggota Badan Bahasa Arab
  • Teka perbuatan berbahasa Arab
  • Al-hiwar
  • Tasrif

Program ini bertujuan memberi persekitaran Bahasa Arab yang lebih praktikal kepada pelajar-pelajar tingkatan 1. Selain itu, program ini dianjurkan untuk memberi semangat serta menambahkan keyakinan diri pelajar untuk bercakap Bahasa Arab. Ia juga bertujuan menambah kosa kata sedia adak pelajar-pelajar tingkatan 1. Guru-guru yang terlibat secara khusus adalah Ustaz Ramadhani, Ustazah Zulaikha, dan guru-guru Bahasa Arab tingkatan 1.

Diharap program ini akan membantu dan memberi kesan yang amat positif kepada semua pelajar Tingkatan 1 Sekolah Kiblah.

 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG APRIL 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00