MARI MENGENALI ILMU MORFOLOGI : Telah diadakan pada 29 Julai 2017 hari Sabtu, 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari bertempat di Masjid Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Pelajar-pelajar terlibat ialah semua pelajar Tingkatan 4 dan 5 Fast Track ( yang mengambil SPM BAHASA ARAB ), Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Arab

Objektif program ialah : 1.Membantu pelajar dalam memahami ilmu soraf iaitu tentang pembentukan perkataan-perkataan arab serta memahami makna dan penggunaannya. 2. Memperkenalkan teknik yang mudah untuk mempelajari Soraf dan mengingatinya dengan mudah dan cepat untuk jangka masa yang panjang. 3. Memperkenalkan format soalan Bahasa Arab SPM yang berfokuskan soalan-soalan Soraf sekaligus membantu mereka dalam memahami kehendak soalan dan menjawab dengan betul dan tepat.

Soraf atau Morfologi adalah satu ilmu yang sangat penting dalam ilmu Bahasa Arab. Pelajar tidak dapat mengetahui penggunaan sesuatu perkataan dalam percakapan mahupun penulisan arab tanpa mengetahui ilmu ini. Pihak Jabatan sekali lagi menganjurkan satu program yang bermanfaat dan menarik iaitu "Mari Mengenali Ilmu Morfologi" yang mendedahkan dan memperkenalkan kaedah yang berlainan, rahsia serta tips mudah untuk mempelajari dan mengingatinya. Program ini dijayakan sendiri oleh Ketua Panitia Bahasa Arab iaitu Ustazah Siti Zulaikha binti Mustapa dan dibantu oleh Ustazah Faridah, Guru Bahasa Arab. Para peserta diberikan modul khas yang merangkumi semua tajuk Soraf dan koleksi soalan-soalan mengikut format spm. Modul ini dirangka khas oleh Ustazah Siti Zulaikha bagi membantu kefahaman pelajar dalam pembelajaran mahupun memahami kehendak soalan-soalan. Program disusuli dengan aktiviti-aktiviti, permainan, nyanyian dan sebagainya. Para peserta pulang dengan membawa hadiah-hadiah menarik.

Semoga segala usaha pihak jabatan dapat meningkatkan semangat mereka untuk mempelajari dan meminati bahasa AlQuran dan membuahkan hasil kejayaan yang cemerlang dalam mata pelajaran ini. Aameen.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG SEPTEMBER 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00