KELAS KHAT ARABIY : Diadakan pada Jumaat 21 Julai 2017 jam 8-10 malam bertempat di Bilik Seminar (banin) dan Maktabah Kiblah (banat). Bagi memenuhi permintaan anak-anak Kiblah yang sangat cintakan dunia seni khat islam, pihak Jabatan Bahasa Arab menganjurkan kelas Khat Arabiiy secara berkala yang dibimbing oleh Ust. Mohamad Afifuddin dan Ust. Mazlan. Mereka merupakan guru yang sangat pakar dan berpengalaman dalam bidang seni kaligrafi dan pernah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Seni Khat peringkat Antarabangsa. Para peserta terdiri daripada 60 orang pelajar banin dan banat. Bagi sesi pertama, mereka dikongsikan ilmu-ilmu dan latihan asas dalam penulisan seni kaligrafi.

Terima kasih diucapkan kepada Ustz. Faridah binti Abdullah (Guru Bahasa Arab) kerana bertungkus lumus mengendalikan kelancaran sepanjang kelas ini berlangsung. Dan pihak Jabatan Bahasa Arab mengucapkan sekalung ucapan penghargaan juga kepada Ketua Jabatan Tarbiyyah dan Penghayatan Islam Ust. Syamil Nazmi kerana memberikan ruang masa kepada anak-anak didik Kiblah. Diharapkan para pelajar Kiblah dapat menjadi pewaris terhadap kesenian Islam terutamanya dalam penulisan khat Arab pada masa akan datang. Aamiin.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00