SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BAHASA ARAB PT3 : Dilaksanakan pada 22 Julai 2017 hari Sabtu bermula 9.00 pagi hingga jam 1.00 petang bertempat di Dewan Utama Sekolah Kiblah, Kompleks Pendidikan Yakin Melibatkan semua pelajar tingkatan 3 Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Speaker jemputan ialah Ust. Mohd Firdaus bin Mazani ( Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan )

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Arab bagi mendedahkan pelajar teknik-teknik menjawab soalan-soalan BAHASA ARAB PT3 dan perkongsian tips-tips untuk menjawab dengan mudah. Seminar ini juga membantu mereka untuk bersedia menghadapi ujian Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3 dan Ujian Prestasi Penilaian II yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Terima kasih diucapkan kepada ustz. Norhidayu, ustz. Faridah dan ustz. Siti Zulaikha selaku AJK program bagi memastikan kelancaran sepanjang program berlangsung. Diharapkan seminar ini dapat membantu anak-anak untuk menjawab soalan-soalan PT3 dan PP II terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Aamiin.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG SEPTEMBER 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00