PERSONALITI DAKWAH REMAJA BERSAMA AIMAN BANNA : Alhamdulillah pada 9 MEI 2017 selepas solat Isyak pihak Badan Dakwah & Rohani Sekolah Kiblah telah menganjurkan satu ceramah khas mengenai remaja yang bertajuk "Anak Muda Pewaris Generasi Al-Fateh". Ceramah ini telah disampaikan oleh personaliti dakwah remaja , saudara Aiman Banna, yang merupakan penceramah motivasi dan penulis buku popular mengenai remaja.

Beliau telah mengupas masalah-masalah yang dihadapi remaja dan cara-cara menguatkan jati diri menghadapi cabaran masa kini melalui penafsiran beberapa ayat dalam Surah Al Isra' dan Surah Al-Kahfi.

Ceramah beliau bermula jam 8.45 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam . Selepas ceramah , ahli Majlis Tertinggi BADAR diberi peluang selama hampir sejam duduk bersama Saudara Aiman Banna untuk mendengar tausiyah beliau mengenai tanggungjawab dakwah dan kepemimpinan pelajar .Semoga perkongsian pengalaman dan ilmu oleh beliau dapat membentuk anak-anak didik Kiblah menjadi remaja muslim yang sejati .

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG SEPTEMBER 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00