MALAM INTRODUKSI BADAR : Pada 1 April 2017 ,hari Sabtu selepas solat Maghrib , Badan Dakwah & Rohani ( BADAR ) Kiblah telah menganjurkan Malam Introduksi BADAR bagi sesi 2017 . Program ini adalah program tahunan aktiviti BADAR yang bertujuan memperkenalkan BADAR Kiblah kepada seluruh warga Kiblah terutamanya pelajar2 baru . Program ini berjalan di masjid bagi para pelajar banin dan di dewan utama bagi pelajar banat .

Majlis ini memperkenalkan setiap Ahli Majlis Tertinggi BADAR dan bidang tugas mereka, carta organisasi , tema tahunan , lagu rasmi serta aktiviti-aktiviti yang telah dan bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2017.

Semoga dengan usaha ini , para pelajar boleh memahami dan mengenali tujuan penubuhan BADAR , seterusnya dapat memberi komitmen yang jitu dalam pelaksanaan sistem dakwah dan tarbiyah di bumi Kiblah ini .
Majlis Introduksi ini diakhiri dengan nyanyian lagu rasmi BADAR dan majlis ditangguh dengan tasbih kaffarah.

 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG SEPTEMBER 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00