SHARING SESSION BERSAMA BROTHER VINCE FORACELLI @ IMRAN ABDUSS SALAM : Pada 22 Julai 2017 , hari Sabtu , selepas Solat Maghrib , pihak Jabatan Tarbiyyah & Penghayatan Islam Kiblah dengan kerjasama Badan Dakwah & Rohani Kiblah telah menganjurkan satu ceramah khas atau "sharing session" bersama Brother Vince Foracelli @ Imran Abdussalam di Masjid Kiblah. Beliau adalah bekas ketua mafia di Adelaide, Australia yang kemudiannya memeluk agama Islam .Kini beliau merupakan seorang pendakwah yang bergiat aktif dalam medan dakwah .

Tajuk ceramah beliau adalah "Journey to the right path" . Beliau menceritakan kisah silam beliau untuk dijadikan pengajaran dan iktibar bagi kaum muslimin yang lain . Beliau juga menyentuh dan mengupas mengenai gejala buli yang melanda sebahagian remaja Muslim di Malaysia mutakhir ini .

Ceramah khas ini telah dihadiri oleh Pemangku Pengetua , Puan Zuriah Bt Seman , Ketua Jabatan Tarbiyyah , Ustaz Syamil , Ketua Jabatan KY , Ustaz Saifuzzaman , Ketua Jabatan Bahasa Arab , Ustaz Ramadhani , sebilangan guru Kiblah dan semua pelajar Sekolah & Maahad Tahfiz Kiblah . Pengerusi majlis dalam ceramah ini ialah Mr Abdurrahman , tenaga pengajar Bahasa Inggeris Kiblah . Ceramah ini bermula selepas solat maghrib dan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama para pelajar . Ceramah ini berakhir jam 9.45 malam .

Selepas selesai solat Isyak , Saudara Vince diperkenalkan dengan Ahli Majlis Tertinggi BADAR Kiblah dan memberi tausiyah ringkas kepada mereka .
Sekolah Kiblah merasa amat bertuah dengan kehadiran Saudara Vince . Mudah-mudahan Allah S.W.T akan memberikan taufik dan hidayah kepada semua warga Kiblah khususnya anak-anak didik Kiblah untuk terus istiqamah menjadi seorang muslim yang sejati .

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00