IKTIKAF PERDANA 2017 : Pada 17 JUN 2017 bersamaan hari Sabtu , Sekolah Kiblah sekali lagi telah mengadakan satu majlis besar bersempena bulan Ramadhan ini , iaitu majlis I'tikaf Perdana bertempat di Masjid Kiblah . I'tikaf perdana ini berlangsung pada malam ke 23 Ramadhan . Objektif utama ibadat iktikaf ini ialah untuk meluangkan sepenuh masa beribadah kepada Allah Taala dalam mencari Malam Lailatul Qadar yang dijanjikan oleh-Nya seperti beribadat selama 1000 bulan. Alhamdulillah, Sekolah Kiblah dengan usaha para pendidiknya telah berjaya menghidupkan malam ini dengan pelbagai aktiviti ibadat bertetapan dengan sunnah Rasulullah SAW. 

Majlis I'tikaf Perdana ini bermula pada jam 6.00 petang . Majlis dimulakan dengan ceramah Ramadhan yang disampaikan oleh pendakwah bebas Al-Fadhil Al-Ustaz Mohd Syafiq lulusan Universiti Islam Madinah .Kemudian disambung dengan Ifthor , Solat Maghrib , Solat Isya' , dan Solat Terawih sebanyak 8 rakaat .Setelah selesai Solat Terawih , program Tadarus Al-Quran bermula pada jam 10.00 malam . Program Tadarus Al-Quran Jamai ini diketuai oleh Al-Fadhil Al-Ustaz An-Najib Rosdi Embong .Pada pukul 11.00malam , berakhirlah tadarus jamai dan tibanya waktu moreh dan ibadah individu .

Pada pukul 4.00 pagi , diteruskan dengan Qiyam sebanyak 8 rakaat dan ditutup dengan witir sebanyak 3 rakaat satu salam .Pada jam 5.00 pagi , semua hadirin bersahur dan seterusnya menunaikan Solat Subuh berjemaah .Setelah selesai Solat Subuh , program I'tikaf diakhiri dengan kuliah Subuh yang disampaikan oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Al-A'ziz Abang Sufri.

Alhamdulillah , pada tahun 2017 Sekolah Kiblah berjaya menjalankan program iktikaf sebanyak 2 kali iaitu pada 17 dan 22 Jun 2017. Semoga dengan usaha ini, anak-anak Kiblah memperolehi ganjaran Malam Lailatul Qadar yang dijanjikan Allah Taala.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG JULAI 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00