KLINIK RAMADHAN : 26 MEI 2017 bersamaan 29 Syaaban 1438 Hijrah pihak Panitia Syariah Jabatan Kurikulum Yakin dengan kerjasama Badan Dakwah & Rohani Sekolah & Maahad Tahfiz Kiblah telah menanjurkan "Klinik Ramadhan" membicarakan tentang persedian menghadapi bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk semua warga Kiblah bertempat di dewan solat masjid Kiblah . Dua orang tenaga pengajar Kiblah , Ustaz Muhammad Nur dan Ustaz Ali , mengupas perkara-perkara yang berkaitan fadilat bulan ramadhan dan fiqh ramadhan .

Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi . Mudah-mudahan program ambang ramadhan ini memberi manfaat kepada semua warga Kiblah untuk menghadapi bulan Ramadhan Al-Mubarak . Pihak Jabatan KY , Jabatan Tarbiyyah & Penghayatan Islam serta Badan Dakwah & Rohani Kiblah mengucapkan Selamat Beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ini .

 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG SEPTEMBER 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00