PENGIKTIRAFAN UNIVERSITI ISLAM MADINAH : Pada 26 April 2017, Sekolah Kiblah sekali lagi melakar sejarahnya sendiri apabila didtatangi oleh 2 orang pensyarah kanan daripada Universiti Islam Madinah Arab Saudi, Dr Fahd Al Ahmadi dan Dr Husin bin Nafa’. Kedua-dua mereka dihantar oleh pihak Universiti Islam Madinah ke Sekolah Kiblah untuk membuat penilaian akhir terhadap usaha sekolah ke arah pengiktirafan Sijil Kurikulum YAKIN ( KY ) yang menjadi tonggak dan keistimewaanya selama ini.

LAWATAN PENANDA ARAS : 21 April 2017 - Lawatan Penanda Aras ke SMKA Sheikh Mohd Said ( SMKA Shams ), Seremban di sertai oleh 5 orang guru dari dari Sekolah Kiblah dalam rangka menimba pengalaman serta bertukar-tukar idea dalam membina generasi pelapis Islam masa depan. Lawatan separuh hari disambut oleh Pengetua Cemerlang SMKA SHAMS, Pn Hajjah Lailawati Bt Ahmad serta beberapa orang guru kanan beliau. Taklimat tentang pencapaian SMKA SHAMS disampaikan sendiri oleh Puan Pengetua.

HAYYA BIL MUFRADAT AL YAUMIYYAH : Setelah hampir sebulan pelajar mengikuti program harian Bahasa Arab iaitu "Hayya Bilmufradat Alyaumiyyah" yang mana program ini menekankan "vocab" atau kosa kata dalam Bahasa Arab, Alhamdulillah sekali lagi Jabatan Bahasa Arab telah menganjurkan satu lagi program yang menarik susulan daripada program "Hayya Bilmufradat Alyaumiyyah" iaitu program "Hayya Bilkitabah" yang mana program ini mencapai objektif :

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG APRIL 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00