LAWATAN BELAJAR KE UPM : 19 Sept. 2017 – Seramai 42 orang pelajar tingkatan 5 dan 2 orang guru pengiring telah menyertai lawatan belajar ke Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah diatur programnya oleh Kelab Ibubapa Guru (KIBG) Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Objektif lawatan adalah untuk menyuntik semangat serta keinginan para pelajar menjejakkan kaki mereka ke menara gading serta melihat sendiri peluang-peluang pengajian di peringkat universiti. Pembelajaran secara “hands on” yang dialami sendiri oleh para pelajar dalam lawatan ini dapat meningkatkan minat mereka dalam bidang-bidang yang bakal mereka ceburi kelak.

PERTANDINGAN BADMINTON PIALA YDP KIBG : 16 Sept. 2017 – Pertandingan badminton pelajar-pelajar puteri berlangsung di Kompleks Sukan Airport Nilai bermula dari jam 9.00 pg hingga 1.00 tengahari. Tn Hj Abdul Hamid Akub, YDP KIBG Sekolah dan Mahaad Tahfiz Kiblah, turut serta bersama keluarga menghadiri serta menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

FUTSAL PIALA TAN SRI DATO' HASHIM MEON : 16 Sept. 2017 – Pertandingan yang diadakan setiap tahun ini diadakan di Ultimate Sport Haus, Nilai. Dua buah sekolah jemputan turut menyertai pertandingan pada kali ini, Sekolah Menengah Islam Darul Ehsan, Subang Jaya dan juga Maahad Uthmaniyah, Sungai Merab. Tn Hj Thaha Mohd Yusuf turut meluangkan masa hadir dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang kategori 14 tahun ke bawah.

MALAM KASIH ROHINGYA : 15 Sept. 2017 – Setelah empat hari kempen solidariti terhadap etnik Rohingya yang ditindas serta dizalimi di Myanmar, ianya sampai ke acara kemuncak di mana kutipan sumbangan warga Kiblah diserahkan kepada wakil Sinar4Rohingya dari Sinar Harian. Wakil-wakil dari Sinar Harian beserta Ketua Pengarang Sinar, Th Hj Norden Mohamed, telah sudi hadir ke Kiblah bagi menerima serta memberi sokongan atas usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kiblah bersama para guru dan pelajar dalam menyuntik dan menyemai semangat ingin membantu, prihatin atas penderita umat Islam di serata dunia serta turut sama berkongsi penderitaan yang dialami oleh saudara seagama.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00