SUKAN TAHUNAN KIBLAH 2017 - MERENTAS DESA : Ahad 1 April 2017, acara pembukaan Kejohanan Sukan Tahunan Kiblah sesi 2017 iaitu acara Merentas Desa telah berlangsung dengan jayanya melibatkan kesemua rumah sukan. Acara bermula pada jam 8.30 pagi disertai oleh 80 orang pelajar bagi semua kategori yang di pertandingkan. Dengan jarak sejauh 5 km, semua atlit berjaya menamatkan larian masing-masing.

SEMINAR PT3 BERITA HARIAN MINDA - Pada 1-2 April - Seminar dua hari anjuran Berita Harian berlangsung di Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia di hadiri oleh 43 orang calon-calon PT3 Sekolah Kiblah 2017. Seminar menumpukan bagaimana membina karangan Gred A bagi mata pelajaran English dan Bahasa Melayu. Mata pelajaran Matematik dan Sains pula memberi tumpuan kepada penguasaan soalan-soalan PT3 yang berbentuk KBAT.

KULIAH MAHGRIB SYEIKH HASAN AKBAR DARI NEW YORK : Isnin, 27 mac 2017, Sekolah Kiblah telah menganjurkan kuliah maghrib yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan khas iaitu Syeikh Hasan Abdullah Akbar dari New York, USA. Beliau datang ke Malaysia atas jemputan menjadi speaker dalam program Streight Path di Kuala Lumpur anjuran Dakwah Corner Sdn Bhd. Kuliah maghrib ini dihadiri oleh semua pelajar dan warga sekolah kiblah. Selain itu, pihak sekolah juga membuka ruang untuk tetamu luar datang untuk sama-sama mendapat manfaat daripada ceramah ini.

KANGGARO MATH COMPETITION ( KMC ) 201716 Mac 2017 – Seramai 32 orang pelajar telah menduduki Kangaroo Math Competition (www.kangaroomath.com.my) yang merupakan satu pertandingan yang setiap tahun disertai oleh pelajar-pelajar Sekolah Kiblah dibawah penyeliaan Panitia Sains dan Matematik. Pertandingan ini diadakan di bilik seminar Kompleks Pendidikan YAKIN bermula jam 10.45 pagi dan ianya berlangsung serentak di seluruh Malaysia pada hari yang sama. Berikut adalah senarai pelajar-pelajar yang menyertai KMC 2017:

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG APRIL 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00