GOL AMAL MAAHAD TAHFIZ KIBLAH : 24 Nov. 2019, kejohanan Golf Amal berlangsung dengan jayanya di The Mines Resort & Golf Club, Seri Kembangan, Selangor. “Tee Off Time” sekitar jam 1.45 ptg. dan berakhir pada jam 6.30 ptg. Penyampaian hadiah diadakan pada sebelah malam dalam Majlis Grand Dinner yang dihadiri oleh semua peserta. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Hashim Meon (Pengerusi Yayasan Kebajikan Nusantara) pada majlis makam malam yang berlangsung dari jam 8.00 malam hingga jam 10.00 malam. Seramai 100 orang pemain terlibat dengan 25 flight. Kejohanan ini adalah dalam rangka mengutip dana bagi pembinaan bangunan baru Maahad Tahfiz Kiblah yang dijangka menelan belanja RM1 juta. Sejumlah RM30 000 berjaya dikumpul pada kejohanan ini.

MAJLIS APRESIASI KIBLAH 2018/19 : Pada hari Sabtu, 12 Oktober 2019, Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah telah mengadakan Majlis Apresiasi 2018/19. Majlis bermula seawal pukul 9.15 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menzahirkan apresiasi terhadap kecemerlangan Akademik, Ko-Korikulum, Pembangunan Diri, Perkembangan Sahsiah serta Kepemimpinan pelajar sesi 2018/19, majlis ini juga dapat menyemai semangat cintakan ilmu serta membina sahsiah unggul ke arah pembentukan insan yang seimbang duniawi juga ukhrawi

MONTAJ SEKOLAH DAN MAAHAD TAHFIZ KIBLAH 2020 : Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah berkesempatan untuk berkongsi montaj berdurasi 1:38 minit khas buat warga netizen. Tujuan utama pembikinan montaj ini ialah untuk memaparkan perjalanan dan pakej pembelajaran yang ditawarkan oleh pihak sekolah kepada umum disamping memberi info yang tepat berkenaan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Semoga dengan adanya montaj seperti ini, maklumat dan info tentang sekolah dapat dikongsikan dengan seluruh warga netizen di luar sana dan pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada mana-mana individu yang komited menyebarkannya kepada pihak lain.

JALUR GEMILANG GERGASI - Kiblah sekali lagi melakar sejarahnya tersendiri apabila seluruh warganya berjaya menyiapkan Jalur Gemilang Gergasi buat julung-julung kalinya. Tanggal 7 September 2019, dengan kerjasama pihak KIBG, warga Kiblah amat berbangga kerana berjaya menyiapkan Jalur Gemilang Gergasi sepanjang 72 meter dan dikibarkan dengan megah sepanjang blok alademik Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah.

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( NOVEMBER 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00