KONTI KIBLAH FM : Tahniah kepada seluruh warga Kiblah kerana maju setapak lagi dengan tertubuhnya Konti KiblahFm yang beroperasi seawal April 2019 dan siap sepenuhnya pada Jun 2019. Tahniah kepada Jabatan Multimedia, Komunikasi dan Events atas usaha membangunkan konti ini dari segi hardware dan teknikal serta Jabatan Bahasa Arab yang bertanggungjawab dari segi software dan programnya.

SAMBUTAN JAMUAN RAYA 2019 : Alhamdulillah telah berlangsung sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi warga Kiblah pada Sabtu, 22 Jun 2019. Sambutan ini dimulakan dengan aktiviti rewang antara guru-guru Kiblah yang berdedikasi. Antara aktiviti rewang yang awal dimulakan ialah membuat ketupat, lemang, kuah kacang dan berbagai-bagai jenis juadah makanan. Rewang raya ini bermula seawal petang Jumaat lagi sehinggalah berlangsungnya jamuan pada hari Sabtu.

MAJLIS HARI GURU RAYA : Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Hari Guru Raya pada Sabtu, 15 Jun 2019 yang lalu. Majlis dimulakan pada 8 pagi dengan ketibaan para guru dan tetamu jemputan. Kemudian majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Thaha bin Mohd Yusof, Pengarah Operasi Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Antara aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang majlis ialah pertunjukan gimik oleh para pelajar, deklamasi sajak, permainan kerusi muzikal, jamuan hari raya, ucapan raya daripada seluruh warga kiblah dan majlis ramah mesra dengan semua para hadirin.

LAWATAN DELEGASI QATAR : Pada hari Rabu 17 April 2019, Sekolah dan Maahad tahfiz Kiblah menerima kunjungi hormat daripada delegasi Qatar. Delegasi ini diketua oleh Syeikh Thariq Ali Al Ansariy ( Director Of International Technical Coorperation Department, Ministry Of Foreign Affairs, Qatar ). Turut serta dalam ziarah bermakna ini ini Duta Besar Qatar di Kuala Lumpur, Syeikh Fahd Kafoud dan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan Qatar. Seramai 10 orang pegawai yang menyertai lawatan ini.

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( OGOS 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00